Friday 30 September 2011

Majlis Baca Yasin, Solat hajat, dan Penyampaian Sijil Program Best Student 2011

Ucapan Terima Kasih kepada Sekolah , khususnya kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah iaitu ( Cikgu Salwa Bt Adnan dan guru - guru kaunselor yang lain kerana  memberi peluang kepada Darul Imtiyaz Management untuk melaksanakan program Best Student di SMK Datuk Bendahara ( SMKDB). Jasa mu di kenang ... Tahniah kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya sepanjang tahun 2011. Semoga usaha ini mampu memberi suntikan semangat seterusnya berjaya mencapai kejayaan yang diidam- idamkan selama ini . Kita hanya mampu berusaha, namun Allah S.W.T yang menentukannya . Doa dan harapan Darul Imtiyaz Management tidak pernah putus-putus mendoakan dan mengharapkan anda semua berjaya. amin ..Selamat Maju Jaya , Kita jumpa di puncak kejayaan.. ok ..

Program di mulakan dengan ucapan Penceramah Tetap "Pakar Motivasi Sekolah - sekolah Malaysia" Ustaz Master Sulaiman Ismail 

Majlis teruskan dengan Solat Hajat dan Bacaan Surah Yasin yang di ketuai sendiri oleh Ustaz Master Sulaiman Ismail.







Ustaz Master Sulaiman Ismail bersama Yang Berbahagia Ustaz Shapuzaimi Bin Puteh iaitu Pengarah Urusan Darul Imtiyaz Management ( DiM) 
 


Majlis Penyampaian sijil Program Best Student sesi 2011 SMKDB di sampikan oleh wakil pentadbiran sekolah, GPK Tingkatan 6 bersama- sama Pengarah Urusan DiM.
 
 


Ustaz Shapuzaimi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta india yang mengikuti program ini.



Sesi Bergambar berkumpulan.. TAHNIAH SEMUA .... 





Saturday 24 September 2011

Ribuan Terima Kasih, atas jemputan Ceramah "Program Pecutan Akhir PMR 2011 SMK Iskandar Shah Jasin. Bertempat Dewan PPD Jasin

SIJIL PENGHARGAAN PENCERAMAH 

Tahniah kepada Unit Bimbingan& Kaunseling SMK Iskandar Shah Jasin, kerana berjaya menjayakan program ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih atas jemputan saya sebagai penceramah. Sekalung penghargaan jutaan terima kasih kepada pentadbiran sekolah terutamanya tuan pengetua kerana merestui program ini di laksanakan.. Seterusnya setinggi tahniah kepada para peserta program ( Tingkatan 3 ) yang mengikuti program ini. Semoga apa yang disampaikan dapat diamal dan di jadikan panduan untuk bekalan menghadapi peperiksaan PMR yang bermula pada 4 /10/2011. Doa seluruh warga Darul Imtiyaz Management tidak pernah putus- putus mendoakan semoga kalian mendapat menghadapi peperiksaan dengan jayanya dan seterusnya dapat mencapai kejayaan yang di idam- idam kan selama ini. Ustaz halal kan segala ilmu yang ustaz sampaikan ... Terus kan berjuang ... Kita jumpa di puncak kejayaan amin .... ikhlas dari Ustaz Master Sulaiman Ismail ( Pakar Motivasi & Kemahiran Belajar - Merangkap penceramah sekolah -sekolah di Malaysia )

Friday 23 September 2011

TAHNIAH & SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN PARA PELAJAR PMR, SMA, SPM Sekolah Menengah Arab Jaim Assyakirin Selandar Melaka

Ucapan saya Jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Arab Jaim Assyakirin Selandar atas jemputan menyampaikan ceramah kepada para pejuang peperiksaan PMR, SMA dan SPM .. dalam program Pecutan Akhir Peperiksaan 2011. Semoga apa yang di sampaikan dapat diamalkan dan semoga ilmu tersebut dapat membantu dalam mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Kita sama- sama berdoa semoga program ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. amin ....

 
Ustaz Master Sulaiman Ismail menyampaikan ceramah kepada para peserta 


Ustaz menerangkan.. setiap perbuatan perlu lah di mula kan dengan niat yang betul ( niat yang baik)







Monday 19 September 2011

SAYA SANGAT SEDIH DAN BERASA SANGAT BERSIMPATI KEPADA PELAJAR CALON UPSR INI. APA SALAH MEREKA


3 murid dikurung ketika UPSR
Oleh Misiah Taib 
misiah@bharian.com.my
2011/09/20
Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah 

KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.
Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.
Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis. 

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit. 

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam. 
Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat. 

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya. 

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit. 

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya. 

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

 RUJUKAN  : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3muriddikurungketikaUPSR/Article

Friday 9 September 2011

Kelebihan Air Zam - Zam - Dari Sudut Kejayaan Seorang Pelajar- Dari Ustaz Master Sulaiman Ismail

Air Zam Zam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Ini termasuk menerang dan melapangkan hati, cerdas, kuat ingatan, kretif, kaya, mulia, pandai, terhormat, membaiki akhlak dan lain-lain lagi. Nabi  s.a.w. bersabda, maksudnya : "Air Zam Zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai)." Dengan kata lain, barangsiapa yang meminumnya untuk sebarang hajat, dia akan mencapainya. Orang - orang soleh telah mencubanya untuk mendapatkan hajat-hajat dunia dan akhirat.
Air ZamZam ialah penghulu segala air, sebaik-baik air di muka Bumi, air yang paling mulia, paling berharga dan paling bernilai. Telaganya digali oleh Jibril a.s untuk diminum oleh Nabi Allah Ismail a.s.
Potensi air ZamZam untuk seribu satu hajat ini dieksploitasi oleh para ulama', misalnya Imam Jalaluddin As-Sayuti. Sewaktu mengerjakan haji, beliau meminum air Zamzam dengan berniat dan berdoa semoga Allah menjadikan beliau seorang yang melaut ilmu agamanya atau seorang yang tersangat alim. Allah telah mengabulkan hajat beliau ini. Beliau telah menjadi seorang ulama' yang paling alim pada kurun ke-10 hijrah. Ibnu Abbas, bapa saudara nabi juga menjadi seorang yang mendalam ilmunya berkat air ZamZam. 

Molekul Air Zam- Zam  
Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata, "Orang yang meminum air ZamZam itu:
Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.
Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.
Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.
Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.
Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya.
Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.
Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.
Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya.
Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.

 Jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.
Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab 'Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam' karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim. Sebenarnya, apa jua niat semasa meminum air ZamZam, asalkan niat itu baik dan halal, Insya'Allah ianya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.Amin.

BUKTI SAINTIFIK KELEBIHAN AIR ZAM- ZAM

Pelajari lah cara Islam ... Islam ada cara untuk menjadi Cemerlang .... Selamat mencuba ... Assalamualaikum

Monday 5 September 2011

Semoga Berjaya "Pelajar -pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini. TIPS Menghadapi peperiksaan



Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup

Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
–Tidak Tidur Larut Malam
–Menjaga Keselamatan Diri
–Makan Makanan Secukupnya
–Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan.

Amalkan Fomular  7S 

S    =  SURAH ( amalkan surah al-Fatihah dan Ayat Kursi)
S    =  STUDY ( banyak membuat latihan dan membaca nota )
S    =  SLEEP  ( sebelum terlelap baca nota ) kemudian setelah bangun dari tidur baca nota ( hanya 5 minit)  
S    =  SOLAT ( Solat Fardu dan Solat sunat hajat )
S    =  SARAPAN ( Makanan yang ringan. Amalkan makanan sunnah seperti susu, madu, kismis  dan kurma
S    =  SALAM ( Salam ibubapa, adik beradik, guru dan kawan-kawan setiap kali untuk menduduki exam
S    =  SEKOLAH (Mula lah menduduki Peperiksaan )

Hadapi peperiksaan dengan kekuatan motivasi semulajadi dengan fomular 7S .



Sunday 4 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Ahli Lembaga Pengarah Darul Imtiyaz Management 
Mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin .
Terima Kasih Kerana Terus Menyokong Kami.