Saturday 23 July 2011

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KELAB ANUGERAH INTELEK MELAKA

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Kelab Anugerah Intelek Melaka di atas jemputan saya sebagai penceramah  pada 23 Julai 2011 bertempat di Dewan Auditorium Masjid Al-Azim Melaka. Syabas diucapkan kepada semua peserta yang menghadiri kursus motivasi dan Teknik Belajar "Persediaan Menghadapi UPSR". Semoga ilmu yang disampaikan dapat diamalkan dan disampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Kepada Kelab Anugerah Intelek teruskan lah usaha mulia ini, untuk membina generasi berilmu dan berkualiti. Dari Ustaz Master Sulaiman- Pakar Motivasi dan Kemahiran Belajar ( Merangkap Panel dan Pakar Rujuk  sekolah-sekolah Program Best Student Negeri Melaka)

Wednesday 20 July 2011

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada Warga sekolah SMK Simpang Bekoh Jasin Melaka terutama kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling atas jemputan ceramah pada 20 Julai 2011. Tahniah kepada para pelajar Tingkatan 5 yang bersama ustaz pada tengahari tadi. Ustaz harapkan anda semua dapat amalkan apa yang ustaz sampaikan dan  mencapai kejayaan di dalam SPM pada tahun ini . Ingat apa yang ustaz minta dari kamu semua. Ingat cara - cara untuk mengulangkaji . Ada 3 langkah sahaja. Ingat formula dan proses mengingat, hanya ada 4 langkah sahaja. Terus kan berjuang dan jangan putus asa . Ustaz doakan semoga kamu semua berjaya.

Thursday 14 July 2011

TENIK-TEKNIK MENGUATKAN OTAK KANAN

  1. Banyak membaca dan menghayati sejarah.
  2. Banyak membaca pengetahuan umum (general knowledge)
  3. Bermonolog.
  4. Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancong.
  5. Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain.
  6. Menatap dan merenung Al-Quran.
  7. Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi.
  8. Selalu berfikir secara kreatif.
  9. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara imaginasi.
  10. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
  11. Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam semesta dan kehidupan ini.
  12. Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam-dalamnya. Fikirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis Rasullullah s.a.w.
  13. Bermain catur.
  14. Suka berfikir dengan bertanya kepada diri-sendiri dengan menggunakan kata kunci 'apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana'.
  15. Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti program-program berbentuk maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya.

Tuesday 12 July 2011

USTAZ MASTER SULAIMAN -PENCERAMAH SEKOLAH -SEKOLAH MALAYSIA-

RAHSIA BERSUGI UNTUK CERDAS MINDA


Sarjana  Islam berpendapat bahawa menjaga kebersihan gigi dengan menggunakan kayu sugi memberi kesan terhadap kecerdasan seseorang. Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Ada tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham (lendiran dalam tubuh yang menyebabkan kelupaan dan kemalasan) iaitu bersugi gigi, berpuasa (seperti Isnin dan Khamis pada setiap minggu) dan membaca al-Quran.
Terdapat beberapa buah hadis yang menerangkan faedah-faedah membersih gigi dengan menggunakan kayu sugi. Pakar-pakar perubatan Islam dan ulama' pula telah menyenaraikan lebih 70 faedah dan kelebihan bersugi atau bersiwak. Antaranya ialah MEMPERTAJAMKAN INGATAN, MENAMBAHKAN KECERDASAN, menghilangkan balgham, menerangkan mata, memutih dan mencahayakan gigi, ubat kepada kebanyakan penyakit jika menggunakan secara tetap, menahan gigi dari reput, memberi nur kepada wajah orang yang selalu menggunakannya, menghilangkan kekuningan gigi. melawskan suara, menimbulkan selera makan, menolong menghadamkan makanan, menghilangkan sakit gigi dan menambahkan kefasihan lidah.
Itulah rahsia bersugi yang jarang diketahui.Walau bagaimana pun, kelebihan-kelebihan ini hanya diperolehi sekiranya kita mengamalkan bersugi dengan cara yang betul dan konsisten. Kayu sugi boleh diperolehi dengan harga yang murah. Pilihlah yang lurus batangnya. Kemudian bertanyalah kepada orang tahu cara-cara menggunakannya mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dan kaedah yang betul. Buku yang bertajuk "Fadhilat Miswak" terbitan Darul Nu'man, diterjemahkan oleh Abdul Aziz mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda.

RAHSIA SENTIASA BERSAMA PEN DAN BUKU CATATAN


 Assalamualaikum semua. sihat. Tahniah kerana berminat untuk membaca artikel ustaz sulaiman. Alhamdulillah. Bagi pelajar yang pernah menghadiri program ceramah-ceramah ustaz tentu kalian pernah dengar kata -kata ustaz kenapa ustaz wajibkan  setiap individu yang dengar ceramah ustaz mesti ada pen dan kertas ditangannya. Ini jawapannya ....

Bukan menjadi rahsia lagi di mana ramai ahli perniagaan, ahli politik, akademik, penulis dan individu yang berjaya mengamalkan membawa pen dan buku catatan walau ke mana sahaja mereka pergi. Seorang cerdik pandai pernah berkata, "Sesiapa yang tidak membawa buku catatan di tangannya, maka hikmah (kebijaksanaan) tidak akan melekat di hatinya." Rasulullah s.a.w. juga pernah berpesan kepada sahabatnya, "Wahai Hilal bin Yasar, hendaklah kamu sentiasa membawa pen kerana kebaikan itu ada pada pen dan orang yang membawanya sehingga ke hari Qiamat."
Pen dan buku catatan amat berguna untuk merancang program harian, merangka gagasan mengenai kerjaya dan kehidupan, menulis ilmu dan idea-idea yang tercetus secara mendadak di benak fikiran. Idea merupakan proses kreatif yang aneh. Ia muncul dengan tiba-tiba dan terus mengalir mencurah-curah jika anda sentiasa memikirkannya. Idea yang sangat berharga yang mungkin boleh menukarkan kehidupan anda akan terlepas begitu sahaja sekiranya anda tidak bersedia dengan pen dan buku catatan.
Menulis akan memaksa supaya otak kita berfikir. Ia mempunyai kuasa yang begitu besar untuk memaksa kita menumpukan fikiran dan berfikir secara tepat, jitu dan bermakna terhadap sesuatu perkara. Amalan memaksa diri menulis menyebabkan daya konsentrasi meningkat manakala minda menjadi lebih aktif, cergas, dan berkembang. Ia juga meransang otak, pemikiran dan meninggikan hikmah. Orang yang rajin mencatat ilmu dan idea sama ada yang dilihat, didengar dan dibaca atau yang muncul dari fikiran sendiri akan cepat menguasai ilmu dan hikmah.

Sampai disini sahaja yang boleh ustaz kongsi kan ilmu ya . Selamat beramal dan sampaikan ilmu ini kepada rakan - rakan ya . Assalamualaikum .. 

RAHSIA MEMBACA AL-QURAN


Setengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan method yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikamah Arab menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)." Seorang cendiakawan Islam berujar, "Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun." "Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, berpenyakit nyanyuk apabila telah tua, malah mereka tidak perlu memakai cermin mata.".
Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran. Profesor Arnold Ehret, pengasas kepada Sistem Perubatan "Ehretisme" dan "Mucusless Diet Healing" melaporkan bahawa menurut pendapat dan pengalaman peribadinya bahawa sebaik-baik latihan jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi. Al-Quran pun merupakan sejenis 'nyanyian' kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain ialah dengan menyanyi.
Prof. Arnold mengakui bahawa apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang terbagus kepada organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.
Apabila membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan bergerak-gerak dan terurut. Pergrakan otot-otot di seluruh muka dan leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang menyerang muka seperti 'Bell's Palsy' iaitu sejenis penyakit lumpuh pada bahagian muka. Membaca Al-Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai awet muda. Yang penting sekali, ia melatih otak kita kepada konsentrasi fikiran (concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan mengingat. 
Sampai disini sahaja ye ustaz boleh kongsi ilmu, nantikan edisi yang lain pula ya . Selamat beramal dan sampaikan ilmu ini pada rakan-rakan ya . Assalamualaikum

“Rahsia Pemakanan Genius-Genius Islam.


Assalamualaikum para pelajar negeri Melaka, semoga sihat hendaknya, Adakah anda masih ingat kepada ustaz, Alhamdulillah. Baik lah dalam edisi bulan Julai ini, ustaz hendak berkongsi ilmu dengan adik-adik semua. Tajuk pada bulan ini adalah  “Rahsia Pemakanan Genius-Genius Islam. Tajuk ini sangat sesuai dengan adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya.

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."



8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

SEMOGA DAPAT AMALKAN DAN SAMPAIKAN ILMU INI KEPADA RAKAN-RAKAN …
NANTIKAN EDISI SETERUSNYA .. ASSALAMUALAIKUM …