Friday 2 November 2012

JOM DAFTAR ...!!!!!!! JOM............ HANTAR ANAK KE 

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH 

"KEM HIJRAH INSAN"

BERSAMA DENGAN USTAZ SULAIMAN ISMAIL 


HUBUNGI SEGERA : 017 -5530432 

Sunday 5 August 2012

Buku Motivasi Islam "Tips Cipta Kejayaan Dalam Peperiksaan"



Tajuk buku :
Tips Cipta Kejayaan Dalam Peperiksaan 

Penulis :
Ustaz Master Sulaiman Bin Ismail 
~ Pakar Motivasi Islam Malaysia ~ 

Diterbitkan oleh : 
DARUL IMTYAZ MANAGEMENT 

 

Gambar : 1

Gambar : 2


Gambar : 3


Gambar : 4



Untuk tempahan buku, sila hubungi 
Pengedar tetap : 
Kelab Sahabat Motivasi 

di talian : 017 - 5530432 

Thursday 28 June 2012

TIPS ATASI SUBJEK YANG SUSAH


1.    Betulkan persepsi anda.
2.    Cepat bertindak.
3.    Hablu minallah wa Hablu minannas.(Menjaga hubungan baik dengan Allah dan hubungan baik dengan manusia)
4.    Cari waktu belajar yang paling ideal bagi anda.
5.    Amalkan teknik PCR :
·       Preview ( Bacaan awal ),      
·       Concentrate ( Penumpuan ),
·       Review ( Baca kembali atau ulang kaji )
6.  Belajar seperti hendak mengajar.

( Selamat Mencuba .....~

Tips Hilangkan Rasa Gemuruh Ketika Peperiksaan


1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.
Kita tak tenang sebelum memulakan peperiksaan sebab kita tak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan bermula, buang ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang Anda boleh jawapan soalan tu satu persatu. Katakan pada diri Anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.

2. Gunakan mindset berani gagal.
Bila Anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawap soalan peperiksaan.

3. Bayangkan ketenangan diri Anda semasa menjawap kertas soalan.
Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan Anda mulai gusar. Teknik pernafasan ini membuat Anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang ‘mental black’. Idea-idea untuk menjawap soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.

4. Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.
Biasanya, kita gusar sebelum memulakan menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak cukup bersedia hendak menjawab soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan konpiden. Lainlah kalau persiapan last minit, memang gemuruh punya.
Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan tu. Kita tak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan.
Kita tak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawap apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

5. Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.
Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah kekasih hati kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun Anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.

Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan Anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati Anda untuk membuat Anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan Anda belajar ni adalah untuk mereka.

Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawap peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.

Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit. Itulah penangan cinta.

6. Ingat masa depan Anda.
Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan Anda. Kita mengambil peperiksaan supaya kita lulus dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.
Bayangkan cara hidup yang kita nak nikmati, bayangkan yang Anda dah ada jawatan tetap, dah ada rumah sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik sebab Anda nak melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.


Tips menghafal dengan berkesan

     1) Hafal dan faham.
    Pemahaman sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar. Tiada gunanya menghafal walau seribu formula jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu digunakan untuk sesuatu masalah. Asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.

 2) Menghafal dan melakukan apa yang dihafal.
    Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh paling mudah adalah formula Matematik. Umum mengetahui formula Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan kerap melakukan ulangkaji, pasti dengan mudah dapat menguasai formula tersebut. 


 3) Hafal dan tulis.
     Untuk mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta pada buku. Kemudian baca dan baca setiap masa.


4) Menghafal dalam keadaan tenang.
    Maksudnya dalam minda yang segar tanpa keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok. Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman sesuatu perkara.

5) Menghafal dan suka perkara yang dihafal.
    Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal barulah tidak cepat berasa bosan. Apabila minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda.

Cara Ilmuan Islam Belajar


Imam Shafie menulis sambil  membuat gerakan otot semasa ia belajar.

Semasa pembelajaran Imam Shafie telah menggunakan ketiga-tiga kaedah belajar, iaitu belajar menggunakan visual, audiotori dan kinestatik (Kaedah VAK).

Imam Shafie memberikan fokus kepada apa yang diperkatakan oleh Imam Malik, pergerakan tangan Imam Malik dan juga beliau sendiri menggerakkan ototnya semasa belajar hadith itu. Koordinasi antara mata, telinga dan otot akan menjadikan pembentukan sambungan saraf diotak bagai ingatan menjadi lebih cepat dan hebat. Oleh itu ingatan dan kefahaman akan lebih meningkat.

Perlu juga dingatkan bahawa Imam Shafie memang berniat untuk mempelajari ilmu hadith dari kitab Al Mu’atta sejak beliau berada di Makkah lagi. Oleh itu beliau telah membaca kitab hadith itu terlebih dahulu, malah beliau telah menghafaz kandungan hadith itu.

Bandingkan dengan diri kita adakah  kita berniat  nak belajar bersungguh-sungguh sebelum memasuki kelas, dan adakah kita  telah membaca buku teks sebelum memasuki kelas? Itulah antara punca mengapa kita tidak boleh skor "A" dalam pelajaran . Fikir- fikirkan ... temenung seketika ...
Adakah Anda Begitu ??
AAAD ( Anda Amal Anda Dapat ) .

Sekian . dari saya .. Ustaz Sulaiman Ismail "Pakar Motivasi Islam Malaysia "


Tuesday 1 May 2012

PROGRAM TERBARU SAYA ... DAFTAR SEKARANG !! ..SEMOGA DI RAHMATI ALLAH S.W.T AMIN ...


Tuesday 31 January 2012

PROGRAM "BELAJAR CARA BELAJAR KAEDAH ISLAM"

 

Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah,sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak. 
Kehebatan dan ketinggian ilmu dari tokoh - tokoh ilmuan Islam membuktikan bahawa dalam Islam ada terdapat kaedah tersendiri dan berkesan dalam mendapatkan sesuatu ilmu.  Malah ilmu yang tercetus dari para - para ilmuan Islam ini terbukti benar dan menjadi bahan rujukan utama oleh semua pihak termasuklah di Negera - negara barat . Antaranya :

Al-Syarif Al-Idrisi
Menghasilkan bola peta dunia yang pertama daripada perak

Al-Razi
lmuan yang berjaya mengembangkan ilmu kimia dan orang pertama membuat jahitan di perut dengan benang diperbuat daripada serat

Ibnu Battuta
Pelopor pengembaraan di benua Asia dan Afrika. Beliau adalah pengembara Islam yang unggul dan menghasilkan buku berdasarkan pengalamanan sendiri

Ibnu Al-Awwam
Menghasilkan kitab mengenai pertanian dan penternakan yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk rujukan petani serta peladang 

Ibn Haitham
Kajian sainsnya digunakan oleh Barat

Ibn Maskawaih
Orang yang mengasaskan teori evolusi

Al-Farabi
Digelar Aristotle kedua

Jabir Ibn Haiyan
Bapa Ilmu Kimia

Ibn Tufail
Ahli falsafah yang mendahului zaman

dan ramai lagi .....

Jika ditanya kepada saya, Apakah sarjana Islam lampau mempunyai teknik belajar?  Tanpa ragu- ragu akan saya katakan "YA" malah pada pandangan saya sarjana Islam adalah merupakan golongan pertama yang menyusun tips- tips teknik belajar yang bersistematik. 

Alhamdulillah saya berjaya menghasilkan satu teori dan fomular mudah untuk menguasai teknik belajar kaedah ilmuan Islam atau saya nama kan program ini " Belajar Cara Belajar Kaedah Islam" 

Fomular : 
     “MINAT” 
M   =  Murshid / Mutala’ah dan Muraja’ah

I     =  Islah Wattajdid/ Ilhad/ Ijma’ wattabaadul

N    =  Nizhoom

A    = ‘Azam

T    = Ta ‘yiin/ Taqsiim/ Tathbit/ Ta ‘lum

 
Rebutlah peluang untuk menjadi pelajar yang hebat pegangan Akidah nya , pelajar yang mulia Akhlak nya dan pelajar yang tinggi Ilmunya ( Akademik ) .







.


Tuesday 10 January 2012


Universiti
Ciri-Ciri
Universiti Penyelidikan
  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Bidang pengajian berfokuskan
 penyelidikan
• Kemasukan kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dan
 pascasiswazah 50:50
Universiti Komprehensif
  1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  3. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  4. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
• Pelbagai bidang pengajian
• Kemasukan kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dan
 pascasiswazah 70:30
Universiti Berfokus
  1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  2. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  3. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  4. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  5. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  7. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  8. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  9. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  10. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  11. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  12. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

• Bidang pengajian berfokuskan
 penyelidikan
• Kemasukan kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dan
pascasiswazah 50:50


Permohonan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)


Kemasukan pelajar ke IPTA diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, JPT (BKP JPT) bagi kemasukan ke semua IPTA di Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai kemasukan pelajar ke IPTA boleh diperolehi

 ......................................................................................................
klip pada link laman web kemasukan ke IPTA  : Semoga berjaya ..
http://www.mohe.gov.my/portal/pelajar/kemasukan.html

Monday 9 January 2012

KEMAHIRAN BELAJAR YANG PERLU DI KUASAI OLEH SETIAP PELAJAR



Sembilan kemahiran dalam proses belajar yang wajib di kuasai oleh setiap pelajar :

1)      Kemahiran menguruskan masa
2)      Kemahiran perpustakaan
3)      Kemahiran memperoleh maklumat
4)      Kemahiran membaca
5)      Kemahiran membuat nota
6)      Kemahiran memotivasi
7)      Kemahiran berfikir
8)      Kemahiran mengingat
9)      Kemahiran menjawab soalan peperiksaan

Sunday 1 January 2012

Pengukuhan pendidikan negara


KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) sepanjang 2011 telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membawa perubahan dalam bidang pendidikan sejajar dengan transformasi negara.

Inisiatif-inisiatif berterusan yang dilakukan ini dilihat telah berjaya membawa impak besar dalam usaha melonjakkan mutu dan kualiti pendidikan di Malaysia.
Usaha murni ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran penting sebagai bekalan untuk mereka berhadapan dengan cabaran pendidikan semasa serta pengetahuan berguna bagi kerjaya di masa hadapan.

Antaranya ialah bantuan persekolahan bernilai RM2.5 bilion yang diagihkan kepada 16 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan tujuh bahagian pengurusan sekolah di bawah KPM.

Selain itu, kerajaan turut memberi Anugerah Tawaran Baru sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada guru besar dan pengetua yang telah berjaya membawa lonjakan kepada sekolah masing-masing.

Inisiatif Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) juga dilihat memberi impak besar kepada sistem pendidikan negara.

Selain itu, 40,000 guru turut diberikan latihan dan pendedahan menjadi jurulatih sukan di semua peringkat persekolahan bagi merealisasikan dasar 1Murid 1Sukan.

Kerajaan juga turut menyediakan wang bantuan persekolahan bernilai RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah sebagai wang bantuan khas awal persekolahan.

Sementara itu bagi 2011 juga menyaksikan satu transformasi di bawah Kemeterian Pengajian Tinggi apabila kerajaaan membuat keputusan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang yang berusia 21 tahun ke atas menyertai parti politik.

Pindaan tersebut yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kebebasan hampir 500,000 penuntut dalam kelompok usia berkenaan untuk menjadi ahli mana-mana parti politik.

Keputusan itu dibuat bagi menghormati kematangan dan hak perlembagaan penuntut yang telah mencapai umur mengikut ketetapan undang-undang.
Sumber : Berita Harian