Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada
Kelab Anugerah Intelek Melaka di atas jemputan saya sebagai penceramah pada 23 Julai 2011 bertempat di Dewan Auditorium Masjid Al-Azim Melaka. Syabas diucapkan kepada semua peserta yang menghadiri kursus motivasi dan Teknik Belajar "Persediaan Menghadapi UPSR". Semoga ilmu yang disampaikan dapat diamalkan dan disampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Kepada Kelab Anugerah Intelek teruskan lah usaha mulia ini, untuk membina generasi berilmu dan berkualiti. Dari Ustaz Master Sulaiman- Pakar Motivasi dan Kemahiran Belajar ( Merangkap Panel dan Pakar Rujuk sekolah-sekolah Program Best Student Negeri Melaka)
No comments:
Post a Comment