Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah,sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak.
Kehebatan dan ketinggian ilmu dari tokoh - tokoh ilmuan Islam membuktikan bahawa dalam Islam ada terdapat kaedah tersendiri dan berkesan dalam mendapatkan sesuatu ilmu. Malah ilmu yang tercetus dari para - para ilmuan Islam ini terbukti benar dan menjadi bahan rujukan utama oleh semua pihak termasuklah di Negera - negara barat . Antaranya :
Al-Syarif Al-Idrisi
Menghasilkan bola peta dunia yang pertama daripada perak
Al-Razi
lmuan yang berjaya mengembangkan ilmu kimia dan orang pertama membuat jahitan di perut dengan benang diperbuat daripada serat
Ibnu Battuta
Pelopor pengembaraan di benua Asia dan Afrika. Beliau adalah pengembara Islam yang unggul dan menghasilkan buku berdasarkan pengalamanan sendiri
Ibnu Al-Awwam
Menghasilkan kitab mengenai pertanian dan penternakan yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk rujukan petani serta peladang
Ibn Haitham
Kajian sainsnya digunakan oleh Barat
Ibn Maskawaih
Orang yang mengasaskan teori evolusi
Al-Farabi
Digelar Aristotle kedua
Jabir Ibn Haiyan
Bapa Ilmu Kimia
Ibn Tufail
Ahli falsafah yang mendahului zaman
dan ramai lagi .....
Jika ditanya kepada saya, Apakah sarjana Islam lampau mempunyai teknik belajar? Tanpa ragu- ragu akan saya katakan "YA" malah pada pandangan saya sarjana Islam adalah merupakan golongan pertama yang menyusun tips- tips teknik belajar yang bersistematik.
Alhamdulillah saya berjaya menghasilkan satu teori dan fomular mudah untuk menguasai teknik belajar kaedah ilmuan Islam atau saya nama kan program ini " Belajar Cara Belajar Kaedah Islam"
Fomular :
“MINAT”
M = Murshid / Mutala’ah dan Muraja’ah
I = Islah Wattajdid/ Ilhad/ Ijma’ wattabaadul
N = Nizhoom
A = ‘Azam
T = Ta ‘yiin/ Taqsiim/ Tathbit/ Ta ‘lum
Rebutlah peluang untuk menjadi pelajar yang hebat pegangan Akidah nya , pelajar yang mulia Akhlak nya dan pelajar yang tinggi Ilmunya ( Akademik ) .
No comments:
Post a Comment