Friday, 5 April 2013

8 KELEBIHAN SENYUM MENURUT KAJIAN USTAZ SULAIMAN ISMAIL



1.       Senyum meningkatkan sistem imun
Apabila kita bersenyum, fungsi imun menjadi bertambah baik, berkemungkin kerana pada kita senyum, kita lebih tenang dan releks.
2.      Senyum mengurangkan sakit
Kajian mendapati, senyum membebaskan serotonin, penahan sakit semulajadi. Sebatian ini menjadikan kita berasa sihat, maka senyum merupakan ubat semulajadi untuk mengubat sebarang penyakit.
3.      Senyum melegakan stres
Kita sering dengan kehidupan yang serba sibuk zaman nih. Maka cuba ubatinya dengan senyum. Senyum membantu kita daripada nampak lesu dan tidak bersemangat. Apabila stres datang, ambil sedikit masa dan cubalah ukir sebuah senyuman. Stres akan berkurangan dan anda akan menjadi lebih bertenaga semula.
4.      Senyum menurunkan tekanan darah
Tahukah anda, apabila kita senyum, tekanan darah kita akan turun. Jika anda ada alat mengukur tekanan darah di rumah, cubalah sendiri. Ambil bacaan tekanan darah anda kemudian senyum. Kemudian cuba senyum dalam tempoh seminit. Ambil bacaan sekali lagi. Anda akan nampak perbezaannya.
5.      Senyum menjadikan wajah awek muda
Otot-otot muka yang kita gunakan untuk senyum membuatkan kita kelihatan lebih muda. Tak perlulah kita bersusah payah pergi mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan yang menelan belanja yang besar. Cukup dengan menghiaskan wajah anda dengan senyum sepanjang hari. Wajah anda akan kelihatan berseri dan bercahaya.
6.      Senyum menjadikan kita nampak anggun
Kita lebih tertarik pada orang yang wajahya tidak lekang dengan senyuman. Wajahnya lembut dan anggun, tanda mersa. Maka kita akan lebih terdorong untuk berurusan dengan orang sebegini. Jesteru, hiasilah wajah kita dengan senyuman.
7.      Senyum menukar mood kita
Dikala kita sedang berduka, cubalah melakar senyum dibibir. Senyum boleh menipu tubuh kita untuk membantu kita menukar mood menjadi lebih ceria.
8.     Senyum akan berjangkit
Apabila kita senyum kepada orang lain, mereka tentu akan membalas senyum kita. Apabila semua orang tersenyum, rasa gembira secara automatik akan muncul. Maka wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.

1 comment: