1. Beri semangat pada diri sendiri
melalui kata-kata “aku boleh”.
Kita tak tenang sebelum memulakan
peperiksaan sebab kita tak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam kertas
soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan bermula, buang
ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan
yang Anda boleh jawapan soalan tu satu persatu. Katakan pada diri Anda, “aku
boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.
2. Gunakan mindset berani gagal.
Bila Anda berani gagal dan menanam
sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan hilang perlahan-lahan
berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya
cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan
terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita gementar saat
menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita
takut tak ‘perform well’ ketika menjawap soalan peperiksaan.
3. Bayangkan ketenangan diri Anda
semasa menjawap kertas soalan.
Fokus pada menikmati ketenangan supaya
kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus
perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan Anda mulai gusar. Teknik pernafasan
ini membuat Anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang
‘mental black’. Idea-idea untuk menjawap soalan peperiksaan akan lancar
mengalir apabila kita tenang.
4. Jika Anda sudah belajar dan
bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.
Biasanya, kita gusar sebelum memulakan
menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak cukup bersedia hendak menjawab
soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan
bersedia menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup.
Biasanya kita akan konpiden. Lainlah kalau persiapan last minit, memang gemuruh
punya.
Bila sudah belajar dan sudah menelaah
sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas
soalan tu. Kita tak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan.
Kita tak akan rasa gementar langsung,
bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang
sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa
yakin menjawap apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.
5. Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.
Setiap dari kita pasti ada orang yang
kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah
kekasih hati kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun Anda berada dalam
suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.
Ingat dan bayangkan wajah-wajah
kesayangan Anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati Anda untuk
membuat Anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan Anda belajar
ni adalah untuk mereka.
Jika dipandang dari aspek positif, rasa
gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawap peperiksaan sebenarnya tindakan
hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat
kita bersedia dari segi emosi.
Apabila kita teringat seseorang yang
kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang
akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi
perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit. Itulah
penangan cinta.
6. Ingat masa depan Anda.
Hilangkan rasa gemuruh dengan
membayangkan masa depan Anda. Kita mengambil peperiksaan supaya kita lulus
dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.
Bayangkan cara hidup yang kita nak
nikmati, bayangkan yang Anda dah ada jawatan tetap, dah ada rumah sendiri,
kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup
bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik sebab Anda nak
melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.
No comments:
Post a Comment