Thursday, 28 June 2012

Tips menghafal dengan berkesan

     1) Hafal dan faham.
    Pemahaman sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar. Tiada gunanya menghafal walau seribu formula jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu digunakan untuk sesuatu masalah. Asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.

 2) Menghafal dan melakukan apa yang dihafal.
    Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh paling mudah adalah formula Matematik. Umum mengetahui formula Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan kerap melakukan ulangkaji, pasti dengan mudah dapat menguasai formula tersebut. 


 3) Hafal dan tulis.
     Untuk mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta pada buku. Kemudian baca dan baca setiap masa.


4) Menghafal dalam keadaan tenang.
    Maksudnya dalam minda yang segar tanpa keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok. Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman sesuatu perkara.

5) Menghafal dan suka perkara yang dihafal.
    Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal barulah tidak cepat berasa bosan. Apabila minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda.

Cara Ilmuan Islam Belajar


Imam Shafie menulis sambil  membuat gerakan otot semasa ia belajar.

Semasa pembelajaran Imam Shafie telah menggunakan ketiga-tiga kaedah belajar, iaitu belajar menggunakan visual, audiotori dan kinestatik (Kaedah VAK).

Imam Shafie memberikan fokus kepada apa yang diperkatakan oleh Imam Malik, pergerakan tangan Imam Malik dan juga beliau sendiri menggerakkan ototnya semasa belajar hadith itu. Koordinasi antara mata, telinga dan otot akan menjadikan pembentukan sambungan saraf diotak bagai ingatan menjadi lebih cepat dan hebat. Oleh itu ingatan dan kefahaman akan lebih meningkat.

Perlu juga dingatkan bahawa Imam Shafie memang berniat untuk mempelajari ilmu hadith dari kitab Al Mu’atta sejak beliau berada di Makkah lagi. Oleh itu beliau telah membaca kitab hadith itu terlebih dahulu, malah beliau telah menghafaz kandungan hadith itu.

Bandingkan dengan diri kita adakah  kita berniat  nak belajar bersungguh-sungguh sebelum memasuki kelas, dan adakah kita  telah membaca buku teks sebelum memasuki kelas? Itulah antara punca mengapa kita tidak boleh skor "A" dalam pelajaran . Fikir- fikirkan ... temenung seketika ...
Adakah Anda Begitu ??
AAAD ( Anda Amal Anda Dapat ) .

Sekian . dari saya .. Ustaz Sulaiman Ismail "Pakar Motivasi Islam Malaysia "


Tuesday, 1 May 2012

PROGRAM TERBARU SAYA ... DAFTAR SEKARANG !! ..SEMOGA DI RAHMATI ALLAH S.W.T AMIN ...