Tuesday, 12 July 2011

RAHSIA SENTIASA BERSAMA PEN DAN BUKU CATATAN


 Assalamualaikum semua. sihat. Tahniah kerana berminat untuk membaca artikel ustaz sulaiman. Alhamdulillah. Bagi pelajar yang pernah menghadiri program ceramah-ceramah ustaz tentu kalian pernah dengar kata -kata ustaz kenapa ustaz wajibkan  setiap individu yang dengar ceramah ustaz mesti ada pen dan kertas ditangannya. Ini jawapannya ....

Bukan menjadi rahsia lagi di mana ramai ahli perniagaan, ahli politik, akademik, penulis dan individu yang berjaya mengamalkan membawa pen dan buku catatan walau ke mana sahaja mereka pergi. Seorang cerdik pandai pernah berkata, "Sesiapa yang tidak membawa buku catatan di tangannya, maka hikmah (kebijaksanaan) tidak akan melekat di hatinya." Rasulullah s.a.w. juga pernah berpesan kepada sahabatnya, "Wahai Hilal bin Yasar, hendaklah kamu sentiasa membawa pen kerana kebaikan itu ada pada pen dan orang yang membawanya sehingga ke hari Qiamat."
Pen dan buku catatan amat berguna untuk merancang program harian, merangka gagasan mengenai kerjaya dan kehidupan, menulis ilmu dan idea-idea yang tercetus secara mendadak di benak fikiran. Idea merupakan proses kreatif yang aneh. Ia muncul dengan tiba-tiba dan terus mengalir mencurah-curah jika anda sentiasa memikirkannya. Idea yang sangat berharga yang mungkin boleh menukarkan kehidupan anda akan terlepas begitu sahaja sekiranya anda tidak bersedia dengan pen dan buku catatan.
Menulis akan memaksa supaya otak kita berfikir. Ia mempunyai kuasa yang begitu besar untuk memaksa kita menumpukan fikiran dan berfikir secara tepat, jitu dan bermakna terhadap sesuatu perkara. Amalan memaksa diri menulis menyebabkan daya konsentrasi meningkat manakala minda menjadi lebih aktif, cergas, dan berkembang. Ia juga meransang otak, pemikiran dan meninggikan hikmah. Orang yang rajin mencatat ilmu dan idea sama ada yang dilihat, didengar dan dibaca atau yang muncul dari fikiran sendiri akan cepat menguasai ilmu dan hikmah.

Sampai disini sahaja yang boleh ustaz kongsi kan ilmu ya . Selamat beramal dan sampaikan ilmu ini kepada rakan - rakan ya . Assalamualaikum .. 

No comments:

Post a Comment