Friday, 5 April 2013

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek [ Kajian dan penelitian oleh Ustaz Sulaiman Ismail )


MATEMATIK TAMBAHAN
............................................................................................................

Mengapa pelajar Melayu sangat lemah dalam subjek Matematik Tambahan?

·        - Pelajar Malayu sudah mempunyai mind set yang mengatakan subjek ini susah kerana terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Maka, mereka tidak berminat untuk belajar

·        - Takut dengan formula-formula yang banyak dan kompleks

·         -Malas untuk membuat latihan bagi memahirkan diri

·        - Tidak memahami konsep dalam matematik sejak peringkat awal

·         -Tiada asas yang kukuh dalam matematik

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek [ Kajian dan penelitian oleh Ustaz Sulaiman Ismail )


FIZIK
.......................................................................................... 
Bagaimana menguasai subjek Fizik:

·         -Kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian

·         -Fahamkan konsep sesuatu topik

·         -Cari contoh perkara yang dipelajari di sekeliling kita

·         -Gunakan perseimbangan logik

·         -Membuat banyak latihan penyelesaian masalah dalam fizik

·         -Lukiskan masalah yang kurang difahami, kemudian selesaikan

·        - Ingat apabila menyelesaikan msalah Fizik: Konsepnya sama, cuma nombor dan angkanya sahaja yang berubah.

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek [ Kajian dan penelitian oleh Ustaz Sulaiman Ismail )


KIMIA
............................................................................................. 
Petua-petua menguasai subjek Kimia:

·         -Memahami konsep dan ciri-ciri setiap bahan kimia

·         -Memahami dan menghafal formula

·         -Mesti mengetahui bagaimana untuk mengimbangi dan membuat persamaan kimia(chemical equations)

·         -Mesti faham membuat pengiraan berdasarkan persamaan tersebut

·         -Banyak membuat latihan

·        - Tumpu kepada ujikaji di makmal

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek [ Kajian dan penelitian oleh Ustaz Sulaiman Ismail )


 BIOLOGI
 ..............................................................................................

Bagaimana mengingati istilah-istilah Biologi yang rumit?

·         -Bina cerita berdasarkan istilah-istilah biologi tersebut

·         -Kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian

·         -Cuba berimaginasi dengan membina cerita berdasarkan proses biologi

·         -Melukis dan melabel semua gambarajah biologi tanpa merujuk kepada buku panduan/teks.

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek [ Kajian dan penelitian oleh Ustaz Sulaiman Ismail )


MATEMATIK MODEN
....................................................................................................

Bagaimana menambah kelajuan dalam menyelesai masalah Matematik Moden?

·         Banyak membuat latihan.
·         Memahami soalan dan terus cari formula yang patut digunakan.
·         Tumpu perhatian ketika mengira.
·         Tulis dengan jelas langkah-langkah penyelesaian.
·         Buat soalan yang senang dahulu.

Bagaimana mengingati formula? 

·         Mamahami konsep formula
·         Membuat banyak latihan
·         Buat nota poket yang boleh dirujuk dan dihafal pada bila-bila masa
·         Buat carta formula dan tampal di dinding

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek [ Kajian dan penelitian oleh Ustaz Sulaiman Ismail )


SEJARAH

..................................................................................................

Bagaimana mengingati urutan peristiwa di dalam Sejarah?

·         Membaca sepintas lalu setiap topik.
·         Buat Peta Minda terhadap sesuatu urutan peristiwa.
·         Kaitkan urutan peristiwa seperti anda membaca novel.
·         Cari kata kunci bagi setiap topik dan tulis kata kunci tersebut di dalam buku nota.
·         Gambarkan urutan peristiwa dalam minda anda seperti anda menonton wayang atau filem.

Bagaimana mengingati tarikh dalam Sejarah?

“Saya tidak menggunakan sesuatu kaedah yang khusus. Mungkin lain orang lain caranya. Saya menggunakan kaedah ‘learn by hard’ dalam mengingati tarikh.”

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek [ Kajian dan penelitian oleh Ustaz Sulaiman Ismail )


BAHASA INGGERIS

....................................................................................

Bagaimana membut esei yang terbaik

Disamping tip bagi Bahasa Melayu di atas, tip tambahan ialah:
·                     Pilih tajuk yang kita pernah buat persediaan.
·                     Rangka karangan dengan teliti.
·                     Recall semula ayat-ayat yang pernah kita buat persediaan.
·                     Gunakan stuktur ayat yang mudah bagi mengelakkan kesilapan.
·                     Pandai mengunakan perkataan-perkataan yang ‘bombastik’ di dalam ayat.

Kaedah Umum Menguasai Bahasa Inggeris
·                     Menguasai tatabahasa.
·                     Menguasai ‘vocabulary’ (perbendaharaan kata)
·                     Menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian.
·         Banyak membaca buku, majalah dan akhbar terhadap rencana yang baik untuk rujukan
·                     Menyalin frasa tertentu dan menggunakannya dalam ayat.
·                     Perlu banyak membuat latihan.
·                     Jadikan kamus sebagai kawan.

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek [ Kajian dan penelitian oleh Ustaz Sulaiman Ismail )


BAHASA MELAYU
...............................................................................................................................

Bagaimana membuat esei/karangan yang baik?

1.   Merangka karangan
·         Baca soalan dengan jelas sebelum merangka karangan.
·         Pilih tajuk yang kita ada paling banyak maklumat atau yang kita pernah buat persediaan.
·                     Ketika merangka karangan carilah fakta dan isi yang terbaik
·                     Keluarkan pengalaman dan pembacaan yang lalu.
·                     Ada intro, isi dan penutup.
·         Jangan menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang diperiksa ialah karangan itu, bukan rangkanya.

2.   Karangan berbentuk fakta

·         -Cari contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan.
·         -Contoh global atau universal lebih diutamakan.
·         -Gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk membuat karangan lebih menarik
·        - Beri huraian yang lengkap dan padat
·        - Tidak berulang-ulang dalam mengemukakan isi
·         -Perbahasan dan hujah hendaklah matang
·       -  Isi terkini.

 3.  Karangan berbentuk cerita

·        - Jalan cerita hendaklah menarik.
·        - Ada watak yang menarik
·        - Ada perkembangan watak.
·         -Ada klimaks.
·         -Jangan membosankan.
·         -Bayangkan diri anda terlibat di dalam situasi cerita tersebut.
·         -Ada pengajaran yang bermanfaat dari cerita tersebut.
·        - Berhati-hati dengan tanda bacaan

4 . Kaedah umum menguasai Bahasa Melayu
·         -Mendalami tatabahasa.
·         -Guna ayat yang pendek, ringkas dan jelas.
·         -Mengetahui cara membuat ayat yang menarik.
·         -Menambah pengetahuan dengan banyak keretan akhbar dan membaca.
·         -Mengumpul semua rencana yang berfaedah dan berkaitan.
·         -Tiru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa sendiri.
·        - Libatkan diri di dalam aktiviti forum, bahas dan pidato.
·         -Tawar diri untuk menjadi pengerusi majlis dalam setiap program sama ada yang kecil mahupun yang besar.