Friday, 5 April 2013

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek [ Kajian dan penelitian oleh Ustaz Sulaiman Ismail )


BAHASA MELAYU
...............................................................................................................................

Bagaimana membuat esei/karangan yang baik?

1.   Merangka karangan
·         Baca soalan dengan jelas sebelum merangka karangan.
·         Pilih tajuk yang kita ada paling banyak maklumat atau yang kita pernah buat persediaan.
·                     Ketika merangka karangan carilah fakta dan isi yang terbaik
·                     Keluarkan pengalaman dan pembacaan yang lalu.
·                     Ada intro, isi dan penutup.
·         Jangan menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang diperiksa ialah karangan itu, bukan rangkanya.

2.   Karangan berbentuk fakta

·         -Cari contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan.
·         -Contoh global atau universal lebih diutamakan.
·         -Gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk membuat karangan lebih menarik
·        - Beri huraian yang lengkap dan padat
·        - Tidak berulang-ulang dalam mengemukakan isi
·         -Perbahasan dan hujah hendaklah matang
·       -  Isi terkini.

 3.  Karangan berbentuk cerita

·        - Jalan cerita hendaklah menarik.
·        - Ada watak yang menarik
·        - Ada perkembangan watak.
·         -Ada klimaks.
·         -Jangan membosankan.
·         -Bayangkan diri anda terlibat di dalam situasi cerita tersebut.
·         -Ada pengajaran yang bermanfaat dari cerita tersebut.
·        - Berhati-hati dengan tanda bacaan

4 . Kaedah umum menguasai Bahasa Melayu
·         -Mendalami tatabahasa.
·         -Guna ayat yang pendek, ringkas dan jelas.
·         -Mengetahui cara membuat ayat yang menarik.
·         -Menambah pengetahuan dengan banyak keretan akhbar dan membaca.
·         -Mengumpul semua rencana yang berfaedah dan berkaitan.
·         -Tiru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa sendiri.
·        - Libatkan diri di dalam aktiviti forum, bahas dan pidato.
·         -Tawar diri untuk menjadi pengerusi majlis dalam setiap program sama ada yang kecil mahupun yang besar.

No comments:

Post a Comment