Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa
belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi, masalah malas belajar selalu
menghantui ramai pelajar pelbagai peringkat. Berikut adalah antara alasan
mengapa kita sering malas belajar.
1. Susah memahami soalan atau isi pelajaran
Permasalahan ini sering dijadikan alasan untuk malas
belajar. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, kita boleh belajar berkumpulan
dengan kawan2 kita.
2. Keadaan sekitar tempat belajar
Seandai persekitaran tempat kita belajar tenang, maka kita
dapat fokus untuk belajar dengan mudah. Selok-eloknya, pelajar haruslah mencari
tempat belajar yang kondusif dan kurang gangguan.
3. Keinginan bermain 'game'
Pelajar yang selalu bermain permainan komputer akan secara
automatiknya menggangu minatnya untuk belajar. Ini kerana ketagihan dan susah
untuk berhenti bermain sehinggalah puas atau misi gamenya tamat. Untuk
mengatasi masalah ni, kita haruslah membuat satu jadual harian dan perlu ada
disiplin yang tinggi untuk mematuhi jadual tersebut.
4. Mood
'Mood' kita sangat mempengaruhi semasa kita melakukan
sesuatu aktiviti, ini termasuklah juga belajar. Pelajar haruslah sentiasa dalam
mood yang baik dengan mengatasi sebarang masalah secara efektif.
5. Kekurangan prasarana
Kekurangan bahan untuk menyokong pembelajaran mendorong
pelajar kurang minat belajar seterusnya mengundang sikap pemalas.
6. Fizikal kurang sihat
Apabila kita sakit, maka kita tidak dapat belajar dengan
baik, masa tu lah juga baru kita nak menghargai dan bersyukur sekiranya ada
tubuh badan yang sihat. Oleh itu, jagalah kesihatan kita sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment