1.
Kaedah Pesanan dan Arahan.
Pesanan
dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah
S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu.
Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas
sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa
merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak,anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200
kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat
bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
•
Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2.
Kaedah Bercerita
Kaedah
bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah
teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah
untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah
sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh
dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan
ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan
ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.
3.
Kaedah Soal jawab
Bersoala
jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang
hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan
perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan
secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika
dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu
bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak
tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau
enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau
jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam
bidangnya.
Anak-anak
kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang
tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya
menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah
menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan
baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
4.
Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu
Pengalaman
yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan
sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan
peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk
menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan
iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa
perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau
peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.
5.
Kaedah Nasihat dan Teguran
Berilah
nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak,
tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat
penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan
teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan
mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika
mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya
memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6.
Kaedah Bermain dan Bergurau
Cuba
tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan
anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak
ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan
anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut
kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan
menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula
bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga
meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa
juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah
meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang
telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman
yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang
mahram.
7.
Kaedah Latihan yang Berterusan
Anak
yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga
disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu
dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan
kepada beberapa ciri diantaranya :-
a)
Jantina
Ibu
bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti
tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan
kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak
keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan
diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti
membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh
pinggan dan sebagainya.
b)
Usia
Pengagihan
tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun
belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh
ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan
lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya
melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak
itu akan bersifat takbur.
No comments:
Post a Comment