Tuesday 27 December 2011

Sekolah Cemerlang PMR 2011 dan Pelajar Cemerlang PMR 2011


10 Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia
  1. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  2. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
  3. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
  5. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  6. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  7. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
  8. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  9. Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.
4 Sekolah Menengah Harian di Malaysia
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) St. George, Pulau Pinang

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik Malaysia PMR 2011



  1. SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.0139)
  2. SMS TELUK INTAN (1.0191)
  3. KOLEJ TUNKU KURSIAH (1.0196)
  4. SMS KUALA SELANGOR (1.02)
  5. SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK (1.0203)
  6. SM SAINS JOHOR (1.0233)
  7. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
  8. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
  9. SMS SELANGOR (1.0263)
  10. MCKK (1.0264)
  11. SMS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
  12. SMS POKOK SENA
  13. SM SULTAN ABDUL HALIM
  14. SMS SULTAN MOHAMMAD JIWA
  15. SMS TUANKU SYED PUTRA
  16. SEKOLAH SULTAN AZLAN SHAH
  17. SMS SULTAN MAHMUD
  18. SMS TENGKU ABDULLAH
  19. SMS MACHANG
  20. SMS MIRI
  21. SBPI GOMBAK
  22. SMS PASIR PUTEH
  23. SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
  24. SMS BAGAN DATOH
  25. SMS TUANKU JA’AFAR
  26. SBPI SABAK BERNAM
  27. SMS KOTA TINGGI
  28. SBPI SELANDAR
  29. SMS REMBAU
  30. SMS KEPALA BATAS
  31. SMS LAHAD DATU
  32. SMS LABUAN
  33. SMS SULTAN HJ AHMAD SHAH
  34. SBPI JEMPOL
  35. SMS KUBANG PASU
  36. SMS RAJA TUN AZLAN SHAH
  37. SEKOLAH SULTAN HJ AHMAD SHAH
  38. SBPI RAWANG
  39. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
  40. SMS KUCHING
  41. SBPI GOPENG
  42. SBPI KUBANG PASU
  43. SMS SULTAN ISKANDAR
  44. SBPI TUN ABDUL RAZAK
  45. SBPI KUANTAN

Senarai Maktab Rendah Sains Mara Terbaik PMR 12 mengikut GPS


Pencapaian GPS PMR 2011 mengikut MRSM
  1. Gemencheh 1.0204
  2. Pasir Tumboh 1.0210
  3. KKB 1.0238
  4. Tun Abdul Razak 1.0248
  5. Pasir Salak 1.0313
  6. Lenggong 1.0341
  7. Terendak 1.00380
  8. Gerik 1.0385
  9. Serting 1.0408
  10. K.Klawang
  11. K.Terengganu
  12. Muadzam
  13. Beseri
  14. Traskrian
  15. Kubang Pasu
  16. Batu Pahat
  17. Balik Pulau
  18. Langkawi
  19. Pendang
  20. PDRM
  21. Pontian
  22. Mersing
  23. Kepala Batas
  24. K.Kinabalu
  25. Kuantan
  26. Kuala Berang
  27. Felda
  28. Pengkalan HUlu
  29. Alor Gajah
  30. Kuala Lipis
  31. Kuala Kerai
  32. Merbok
  33. Kuching
  34. Kota Putra
  35. Besut
  36. Jeli

Senarai Ranking 30 SBP dan MRSM


Tahniah kepada mereka yang telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PMR 2011. Kepada yang kurang cemerlang, PMR bukanlah tempat kita berhenti untuk belajar, banyak lagi peluang dan buktikan yang adik-adik boleh berjaya di dalam SPM nanti!

Senarai Ranking 30 SBP dan MRSM
  1. SMS HULU SELANGOR (1.0048)
  2. SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.0139)
  3. SMS TELUK INTAN (1.0191)
  4. KOLEJ TUNKU KURSIAH (1.0196)
  5. SMS KUALA SELANGOR (1.02)
  6. SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK (1.0203)
  7. MRSM GEMENCHEH (1. 0204 )
  8. MRSM PASIR TUMBOH (1.0210)
  9. SM SAINS JOHOR (1.0233).
  10. MRSM KKB (1.02388)
  11. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
  12. MRSM TUN ABDUL RAZAK (1.02489)
  13. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
  14. SMS SELANGOR (1.0263)
  15. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (1.0264)
  16. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
  17. SM SAINS POKOK SENA 1.0279
  18. MRSM PASIR SALAK (1.0313)
  19. SM SULTAN ABDUL HALIM (1.0325)
  20. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.0327 )
  21. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.0331)
  22. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)
  23. SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)
  24. MRSM LENGGONG (1.0341)
  25. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)
  26. MRSM TERENDAK (1.0380)
  27. MRSM GERIK (1.0385)
  28. MRSM SERTING (1.0408)
  29. SM SAINS MACHANG (1.0411)
  30. SM SAINS MIRI (1.0439)

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia, 2011.


1.                  Universiti Sains Malaysia
2.                  Universiti Teknologi Malaysia
3.                  Universiti Kebangsaan Malaysia
4.                  Universiti Putra Malaysia
5.                  University of Malaya
6.                  Universiti Malaysia Perlis
7.                  Multimedia University
8.                  Universiti Teknologi Mara
9.                  Universiti Malaysia Pahang
10.             International Islamic University of Malaysia
11.             Universiti Utara Malaysia
12.             Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13.             Universiti Tenaga Nasional
14.             Universiti Malaysia Sabah
15.             Open University Malaysia
16.             University of Nottingham Malaysia
17.             Universiti Teknologi Petronas
18.             Universiti Sains Islam Malaysia
19.             Universiti Pendidikan Sultan Idris
20.             Taylor’s University College
21.             Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22.             Universiti Tunku Abdul Rahman
23.             Universiti Malaysia Terengganu
24.             Universiti Malaysia Sarawak
25.             Universiti Tun Abdul Razak
26.             Monash University Malaysia
27.             Universiti Industri Selangor
28.             Wawasan Open University
29.             UCSI University
30.             Curtin University of Technology Sarawak Campus
31.             Asia Pacific Institute of Information Technology
32.             International Medical University
33.             Help University College
34.             Tunku Abdul Rahman College
35.             Al Madinah International University
36.             Universiti Kuala Lumpur
37.             National Defence University of Malaysia
38.             Segi College
39.             Universiti Sultan Zainal Abidin
40.             Universiti Malaysia Kelantan
41.             Limkokwing University of Creative Technology
42.             KDU College
43.             Selangor International Islamic University College
44.             Sunway University College
45.             Malaysia Theological Seminary
46.             Malaysia University of Science & Technology
47.             Olympia College Malaysia
48.             Swinburne University of Technology Sarawak Campus
49.             Malaysian Institute of ManagementA
50.             University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
51.             INSANIAH University College
52.             Taman Pertanian University
53.             Kuala Lumpur Infrastructure University College
54.             International Centre for Education in Islamic Finance
55.             Majlis Peperiksaan Malaysia
56.             Cyberjaya University College of Medical Sciences
57.             Disted-Stamford College
58.             Berjaya University College of Hospitality
59.             Asia e University
60.             KBU International College
61.             New INTI College
62.             TATI University College
63.             Nilai International College
64.             Asia Pacific University College of Technology & Innovation
65.             AIMST University


INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars

Wednesday 21 December 2011

PMR: 34,271 calon dapat semua A TAHUN 2011


Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,86 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.
  
Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya dalam sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011 di Putrajaya hari ini.
Calon yang mendapat minimum D (tidak termasuk semua A) meningkat kepada 272,966 calon (61.88 peratus) berbanding 265,388 calon (60.39 peratus) pada 2010.
 
Abd Ghafar berkata pencapaian calon luar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran juga meningkat kepada 6,474 calon (4.28 peratus) berbanding 5,825 calon (3.81 peratus) pada tahun lalu, iaitu peningkatan 0.46 peratus.
 
Begitu juga dengan pencapaian pelajar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran terus meningkat 0.86 peratus, daripada 24,084 pelajar (8.86 peratus) pada 2010 kepada 26,189 pelajar(9.72 peratus) tahun ini.
 
Calon yang mendapat semua E menunjukkan trend penurunan -0.01 peratus bagi kedua-dua kategori iaitu daripada 249 calon (2010) kepada 216 calon (2011) bagi calon bandar dan daripada 132 calon (2010) kepada 121 calon 2011) bagi calon luar bandar.
 
"Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar," katanya.
 
Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Datuk Khairil Awang berkata keputusan PMR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh lapan tahun,
 
Beliau berkata pencapaian calon PMR bagi Wilayah Persekutuan meningkat berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 2.54 berbanding 2.59 pada tahun 2010 dan nilai GPN WP iaitu sebanyak 2.54  mengatasi GPN (2.71) yang juga pencapaian terbaik bagi peperiksaan PMR setakat ini.
 
Terdapat 22,449 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah 2,296 calon, meningkat daripada 2,103 pada tahun lepas.
 
Enam sekolah memperoleh kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria dan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
Di KUALA TERENGGANU, keputusan peperiksaan itu menyaksikan peningkatan 1.15 peratus berbanding tahun lepas dan daripada 23,630 calon, 1,746 (7.8 peratus) memperolehi dalam semua mata pelajaran.
 
Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu Hashim Mohd Zin berkata, prestasi Gred Purata Negeri tahun ini meningkat kepada 2.57 berbanding tahun lepas 2.58.
 
"Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud pula menduduki tangga teratas 26 buah sekolah mencapai prestasi A atau sekolah berpencapaian tinggi (GPS 1.00 - 1.80), berbanding 25 buah tahun lepas," katanya.
 
Di SEREMBAN, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali berkata seramai 12,566 calon sekolah kerajaan telah berjaya mencapai tahap penguasaan minimum (mendapat sekurang-kurangnya D) dalam semua mata pelajaran yang diambil.
 
"Ini merupakan satu peningkatan 1.7 peratus jika dibandingkan dengan pencapaian tahun 2010," katanya.
 
Pkharuddin berkata bilangan calon sekolah kerajaan yang berjaya mencapai keputusan penuh 9A, 8A atau 7A di negeri itu meningkat 220 orang kepada 1,707 orang calon, berbanding 1,487 pada 2010.

- SUMBER : Bernama


Friday 18 November 2011

TAHNIAH ...

Assalamualaikum

TAHNIAH  kepada pelajar yang telah mencipta KEJAYAAN  dalam UPSR 2011

Antara program anjuran Ustaz Sulaiman Ismail  2011 :
1)                  PROGRAM BEST STUDENT 2011
2)                  PROGRAM EZEE STUDY
3)                  PROGRAM TEKNIK BELAJAR KAEDAH AL-QURAN
4)                  PROGRAM TERAPI PSIKOLOGI ISLAM
5)                  PROGRAM TEKNIK BELAJAR KAEDAH MUHAMMAD

ANTARA SEKOLAH YANG TERLIBAT  di NEGERI MELAKA :
1)      SK BUKIT BERUANG MELAKA
2)      SK MALIM MELAKA
3)      SK TANJUNG MINYAK MELAKA
4)      SK AYER KEROH MELAKA
5)      SK KAMPUNG TUN RAZAK MELAKA
6)      SK SUNGAI UDANG MELAKA
7)      SK TENGKERA 2 MELAKA
8)      SK BANDAR HILIR MELAKA
9)      SK DATUK HJ BAGINDA MELAKA
10)  SK BATU BERENDAM MELAKA
11)  SK SERI BANDAR MELAKA
12)  SK DATUK DEMANG HUSIN MELAKA
13)  SK JLN DATUK PALEMBANG MELAKA

Friday 11 November 2011

AKU JUARA DI DUNIA DAN JUARA DI AKHIRAT" FORMULA 3A ( AKIDAH, AKHLAK DAN AKADEMIK )

BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti
Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.

 Adi Putra Abdul Ghani menunjukkan cara penyelesaian matematik tingkatan 5 .


 Muhammad Ahmad Zahid bersama ibubapa tercinta ..

“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,”

Saturday 29 October 2011

Berkomunikasi dengan angkasawan ISS

Tarik minat Generasi muda  Malaysia kepada bidang Sains Angkasa

SERAMAI 20 pelajar dari pelbagai sekolah seluruh negara berpeluang untuk bercakap dan bertanyakan soalan kepada angkasawan Jepun dari Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA) yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). 

Program yang dianjurkan oleh Planetarium Negara , Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) itu mengambil masa selama hampir 10 minit berhubung dengan angkasawan JAXA, Dr. Satoshi Furukawa di ISS yang sedang mengorbit bumi. 

Seramai 20 pelajar tersebut merupakan antara yang terpilih dalam pertandingan National Space Challenge 2011 peringkat kebangsaan, mewakili 16 pasukan sekolah daripada 13 buah negeri seluruh Malaysia.
"Tujuan  program ini adalah untuk memberi kesempatan kepada pelajar merasai pengalaman berkomunikasi dengan angkawasan di luar bumi.

"Selain itu, dapat mencungkil serta memupuk minat mereka dalam bidang penerokaan angkasa lepas,"

20,133 murid khatam al-Quran cipta rekod MBR



KUALA TERENGGANU 29 Okt. - Seramai 20,133 murid sekolah rendah di seluruh negeri ini hari ini melakar sejarah tersendiri apabila berjaya khatam al-Quran beramai-ramai sekali gus mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR).

Lebih unik, sebahagian daripada mereka yang mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) itu turut menggunakan buku elektronik, e-book untuk khatam al-Quran pada majlis berasingan yang diadakan serentak di setiap Parlimen di negeri ini.

Bagi Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, seramai 6,325 murid telah khatam dan diraikan pada majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Kelas KAFA (UPKK) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, dekat sini.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat sebagai mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Serentak dengan itu, seramai 3,149 murid turut menjayakan majlis serupa bertempat di Masjid Nasiruddin, Besut, diikuti 2,311 murid di Masjid Permaisuri, Setiu dan 2,744 murid di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang.

Lain-lain ialah 1,910 murid di Masjid Sultan Mahmud, Hulu Terengganu; 2,024 murid (Dataran Padang Merdeka Dungun) dan 1,670 murid (Masjid Sultan Ahmad, Kemaman).
Program itu merupakan anjuran bersama Yayasan Islam Terengganu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).
Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita, Khazan berkata, jumlah murid yang berjaya khatam al-Quran tahun ini lebih ramai berbanding 16,929 murid pada tahun lalu.
"Lebih istimewa, mereka berkesempatan menggunakan 3,200 unit e-book pemberian kerajaan negeri bagi menjayakan majlis khatam al-Quran tahun ini berbanding hanya 400 unit bagi setiap Parlimen pada tahun lalu," ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri menyerahkan tanggungjawab kepada YIT untuk menyasarkan 30,000 murid yang khatam al-Quran di negeri ini pada setiap tahun.
"Pada masa akan datang, kerajaan negeri sasarkan tiada ada lagi pelajar yang memasuki sekolah menengah di Terengganu tidak khatam al-Quran, selain melaksanakan objektif KAFA iaitu semua murid tahun 6 fasih al-Quran," ujarnya.

Ustaz Master Sulaiman Ismail: JADUAL

Ustaz Master Sulaiman Ismail: JADUAL: Sila rujuk Kem cuti sekolah 2011 . Terima Kasih

Saturday 15 October 2011

RANCANG aktiviti anak di musim Cuti Sekolah




Cuti sekolah masa paling seronok buat anak melarikan diri sementara daripada alam persekolahan. Jika anak melalui tempoh itu dengan kegiatan bermanfaat seperti membaca, memperdalamkan ilmu fardu ain, melazimkan diri ke masjid dan surau, mereka berpotensi menjadi generasi cemerlang.

Sebaliknya, jika mereka menghabiskan tempoh itu dengan aktiviti tidak berfaedah seperti menonton program hiburan melampau, menyalahgunakan internet dan membaca majalah hiburan, maka tergugat masa depannya.

Kita perlu ingat, anak lazimnya bersifat kurang matang apabila berdepan cabaran. Mereka mudah terpedaya dengan apa juga cabaran di keliling. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab membimbing anak supaya tidak terpedaya dengan anasir buruk yang akan merosakkan masa depan mereka.

Firman Allah SWT bermaksud: 

Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah at-Tahrim: 6)


Anak sekarang berdepan dengan cabaran dan pengaruh hiburan yang terlalu banyak. Bukalah saluran televisyen manapun, pasti ada program hiburan tersedia. Sesetengah program hiburan itu amat diminati oleh anak kita.

Ini menyebabkan mereka sanggup menghabiskan masa cuti persekolahan menonton pelbagai program hiburan di televisyen dan internet. Implikasinya, anak bukan saja lemah pencapaian dalam pelajaran, malah berdepan masalah keruntuhan akhlak berpunca daripada pengaruh hiburan melampau.

Apa yang perlu dilakukan ialah memantau serta membimbing secara serius dan berterusan anak kita supaya tidak menghabiskan masa menonton program hiburan semata-mata. Ibu bapa perlu setiap hari bertanyakan anak apa yang mereka lakukan sepanjang hari. Apakah mereka sudah bersolat dan mengulangkaji pelajaran supaya tugas mereka sebagai pelajar tidak dipersiakan.

Pada masa sama, ibu bapa juga perlu sentiasa mengawasi anak dengan memerhati laman web yang dilayari dan memantau sistem pesanan ringkas (SMS).

Satu lagi cabaran dihadapi ibu bapa ialah mengawal pengaruh kawan dalam kehidupan anak dan bagi tujuan itu, ibu bapa perlu tahu siapa kawan anak mereka. Dengan cara itu mudah-mudahan ibu bapa dapat mengawal anak daripada terjerumus ke lembah kehancuran.

Hayatilah pesanan Nabi yang bermaksud: 

Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang jahat adalah seperti saudagar minyak wangi dan tukang besi. Peniaga minyak wangi akan memercikkan minyak wanginya atau dapat membeli daripadanya atau mencium bau wanginya. Manakala tukang besi pula mungkin akan membakar badan kamu atau bajumu atau engkau mencium bau busuk daripadanya. (Hadis riwayat Bukhari & Muslim).
Nukilan : http://www.resepirahsiaku.com/

CADANGAN SAYA

Sempena cuti persekolahan ini, ibu bapa dicadangkan memantapkan Akidah, Akhlak dan Akademik  anak dengan menghantar mereka mengikuti kursus kem anjuran Darul Imtiyaz Management ( DiM) di Negeri Melaka.( sila rujuk pamplet DI ruang KEM CUTI SEKOLAH 2011)
1) KEM TAHFIZ 
2) KEM PERKAMPUNGAN ILMU

Mudah-mudahan mereka mendapat manfaat dan menjadi anak yang mempunyai jati diri mukmin, berwawasan dan berketrampilan, sekali gus dapat menghadapi pelbagai cabaran yang mengelilingi mereka.


“ Melahirkan Insan Bermotivasi, Berilmu dan Pintar Berfikir “