Tuesday 12 July 2011

RAHSIA BERSUGI UNTUK CERDAS MINDA


Sarjana  Islam berpendapat bahawa menjaga kebersihan gigi dengan menggunakan kayu sugi memberi kesan terhadap kecerdasan seseorang. Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Ada tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham (lendiran dalam tubuh yang menyebabkan kelupaan dan kemalasan) iaitu bersugi gigi, berpuasa (seperti Isnin dan Khamis pada setiap minggu) dan membaca al-Quran.
Terdapat beberapa buah hadis yang menerangkan faedah-faedah membersih gigi dengan menggunakan kayu sugi. Pakar-pakar perubatan Islam dan ulama' pula telah menyenaraikan lebih 70 faedah dan kelebihan bersugi atau bersiwak. Antaranya ialah MEMPERTAJAMKAN INGATAN, MENAMBAHKAN KECERDASAN, menghilangkan balgham, menerangkan mata, memutih dan mencahayakan gigi, ubat kepada kebanyakan penyakit jika menggunakan secara tetap, menahan gigi dari reput, memberi nur kepada wajah orang yang selalu menggunakannya, menghilangkan kekuningan gigi. melawskan suara, menimbulkan selera makan, menolong menghadamkan makanan, menghilangkan sakit gigi dan menambahkan kefasihan lidah.
Itulah rahsia bersugi yang jarang diketahui.Walau bagaimana pun, kelebihan-kelebihan ini hanya diperolehi sekiranya kita mengamalkan bersugi dengan cara yang betul dan konsisten. Kayu sugi boleh diperolehi dengan harga yang murah. Pilihlah yang lurus batangnya. Kemudian bertanyalah kepada orang tahu cara-cara menggunakannya mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dan kaedah yang betul. Buku yang bertajuk "Fadhilat Miswak" terbitan Darul Nu'man, diterjemahkan oleh Abdul Aziz mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda.

No comments:

Post a Comment