Friday 30 September 2011

Majlis Baca Yasin, Solat hajat, dan Penyampaian Sijil Program Best Student 2011

Ucapan Terima Kasih kepada Sekolah , khususnya kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah iaitu ( Cikgu Salwa Bt Adnan dan guru - guru kaunselor yang lain kerana  memberi peluang kepada Darul Imtiyaz Management untuk melaksanakan program Best Student di SMK Datuk Bendahara ( SMKDB). Jasa mu di kenang ... Tahniah kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya sepanjang tahun 2011. Semoga usaha ini mampu memberi suntikan semangat seterusnya berjaya mencapai kejayaan yang diidam- idamkan selama ini . Kita hanya mampu berusaha, namun Allah S.W.T yang menentukannya . Doa dan harapan Darul Imtiyaz Management tidak pernah putus-putus mendoakan dan mengharapkan anda semua berjaya. amin ..Selamat Maju Jaya , Kita jumpa di puncak kejayaan.. ok ..

Program di mulakan dengan ucapan Penceramah Tetap "Pakar Motivasi Sekolah - sekolah Malaysia" Ustaz Master Sulaiman Ismail 

Majlis teruskan dengan Solat Hajat dan Bacaan Surah Yasin yang di ketuai sendiri oleh Ustaz Master Sulaiman Ismail.







Ustaz Master Sulaiman Ismail bersama Yang Berbahagia Ustaz Shapuzaimi Bin Puteh iaitu Pengarah Urusan Darul Imtiyaz Management ( DiM) 
 


Majlis Penyampaian sijil Program Best Student sesi 2011 SMKDB di sampikan oleh wakil pentadbiran sekolah, GPK Tingkatan 6 bersama- sama Pengarah Urusan DiM.
 
 


Ustaz Shapuzaimi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta india yang mengikuti program ini.



Sesi Bergambar berkumpulan.. TAHNIAH SEMUA .... 





No comments:

Post a Comment